Thursday 26 November 2015

Saya melihat bagaimana manusia lari dari kesunyian dengan menafikan perasaan sebenar..
Mereka mereka pelbagai situasi untuk lagi dari realiti dan rasa kecewa,rasa bersalah,rasa rindu,atau
rasa apapun yang menghantui mereka..
Mereka sanggup berlaku kejam dengan menceritakan perkara sebenar dalam
bentuk ilusi minda pada kisah cerita yang lain..
Mereka juga mampu menjatuhkan sesiapapun dengan senjata jari-jemari
mereka yang tajam menekan butang keybourd..
Apa yang mereka cari,dan dimana kepuasan mereka..
Tiada siapa mengerti..
Apa yang mereka tahu itu adalah untuk melegakan hati mereka tetapi hakikatnya
mereka mampu berbohong dengan tulisan..Tetapi mereka tidak mampu
berbohong dengan hati mereka sendiri..
Mereka hanya mahu putarkan waktu secepat mungkin..
Misi mereka..
Ya untuk bahagia..
Tenang dan gembira..
Mereka punya sokongan yang kuat..
Ramai tetapi hakikatnya hanya Tuhan sahaja tahu betapa sunyinya mereka..
Mereka perlukan perbagai kaedah psyikologi untuk membuatkan mereka gembira..
Yang sebenarnya merosakkan sedikit diri mereka..
Kajian Psyikologi takkan dapat mengalahkan kuasa Allah dan Al-Quran..
Mungkin mereka bisa membuat pertikaian..Tetapi hakikatnya pertikaian mereka itu seperti buih-buih dilautan sahaja
yang sebenarnya hanya secebis nukilan ayat-ayat Al-Quran yang masih belum habis mereka kaji..
Mengapa?..
Kerana takut akan bahang-bahang ayat-ayat amaran dan penunjuk arah dan aras yang tepat untuk mereka ikuti
tapi malang mereka mungkiri..
Hanya 5 waktu sahaja mereka berkata kita perlu ingatkan pada Allah..
Sedangkan Allah beserta kita setiap detik..
Hanya solat zikir sahaja mendekatkan diri mereka kepada Allah..
Sedangkan pandang Satu pada yang banyak dan pandang banyak pada yang Satu
itu juga cara sentiasa kita bersama Allah..
Mereka belajar pelbagai teknik duniawi dengan alasan dunia dikelek akhirat dijinjing
tetapi hakikatnya mereka tenggelam dengan rasa cintakan dunia dan terlalu takut jika mereka
tidakkan dapat apa-apa di akhirat kelak sehinggakan mereka sanggup melanggar pintu-pintu batas
yang disediakan lalu mereka menciptakan pelbagai alasan untuk berasa lega dalam rasa berdosa yang dalam..
Seperti apa yang mereka lakukan di atas..
Mereka masih selamat kerana Allah menyelamatkan mereka..
Mereka gembira kerana Allah menghadiahkan belas kegembiraan kepada mereka..
dan hakikat kehidupan..Allah juga yang memberi petunjuk dan meletakkan kepada sesiapa sahaja
yang Allah kehendaki..
Jadi Wajiblah Allah melakukan sesuatu tanpa kita persoalkan kenapa mengapa dan bagaimana..
Kita hanya perlu pandang dan berkata semoga kita tidakkan lari dari tali-tali Allah walaupun dunia menyajikan
kenikmatan yang fana...Allahuakbar!!

Saturday 21 March 2015

Santai-santai petang ahad

Mimpi macam-macam mimpi.Entah apa tafsirannya tak dapat dipasti..
Ia tak sesahih mimpi Para Nabi dan para Wali yang mimpi2 mereka penuh dengan petunjuk dari Hakiki...

Mimpi semalam terlalu banyak mimpi..mimpikan dia entah kenapa senantiasa menghampiri..

Tak disebut tapi tetap datang dan muncul dalam mimpi.Apakah tandanya tak ku pasti..

Mimpi terlalu banyak mimpi..
Terkadang manusia lalai dalam mimpi..
Dalam mimpi yang tak pasti...

Mimpi tetap bermimpi
Dalam bermimpi harus
Dipupuk rasa mensyukuri...

Kerana kita senantiasa bermimpi
Dan dikejutkn dari mimpi
Dari yang lain yang masih lalai dalam mimpi...

Semoga mimpi indah jadi realities
Semoga mimpi buruk takkan pernah terjadi...
Semoga kita senantiasa sedar walaupun bermimpi....

Friday 20 March 2015

Persahabatan yang dalam..

Ia pasti menjanjikan perbualan yang takkan kenal erti 24/7.Takkan habis bicaranya..Takkan juga rasa jemu..haha itu bohong...

Jemu akan muncul tetapi sebaik sahaja perasaan kembali tenang ia akan membangkitkan kembali perasaan rindu...

Persahabatan yang dalam.apa??..bicaranya hanya tentang bangun pukul berapa?,anda makan apa tengah hari tadi?,dan kemudian segala aktiviti yang kebanyakkannya sama citarasa..pelbagai cerita akan terkeluar tanpa segan dan malu..rasa selesa dan gembira..itu persahabatan yang takkan mampu kita ungkapkan dengan apa-apapun..

Apabila berlaku perselisihan faham ia akan menciptakan suasana yang senyap dan sunyi...Ia akan mendatangkan sejuta rindu...

Ia akan mencipta satu ruang kosong...Anda akan mula mengira bilangan keluarga anda berkali-kali dan merasa ada kekosongan dan kekosongan itu tidak lain dan tidak bukan tempat bagi sahabat yang anda telah anggap dari sebahagian dari hidup anda...

Suatu perasaan yang cukup unik kurniaan Allah...
Walaupun sejuta marah yang tinggal
Tetapi kita hanya akan mendoakan kebahgiaan mereka...
Dan walau kita nafikan sekeras-kerasnya kita senantiasa ingin dia kembali pada kita...

Ajaibnya kejadian Allah..
#persahabatan yang dalam ibarat keluarga sedarah sedaging...

Thursday 19 March 2015

Dah lama tak jatuh basikal

Haha kita kerap jatuh basikal semasa kecik dahulu.

Bila dan meningkat dewasa, jarang sekali kita melakukan aktiviti terse but kecuali yang selalu naik motor jatuh motor..itu perkara biasa..

Terseret di jalan tar pedih dan berdenyut seluar koyak dan sebagainya..

Apa yang berlaku tadi mungkin kerana kurang imbangan semasa menggunakan brek...

Group geng lama..

Group adalah salah satu cara kita berkomunukasi..
Mengenali satu dengan yang lain.

Semakin meningkat usia kita semakin berbeza wadah yang disampaikan...

Di peringkat kanak-kanak mungkin kita akan bercerita tentang kartun kegemaran..

Di peringkat remaja tentang lelaki atAu wanita yang diminati..

Dan yang ingin dikongsikan adalah perkongsian di peringkat kedewasaan.Kebanyakkan dari mereka sudah berkahwin..
Yang lelaki bermegah dengan ayat "peluk isteri","jalankn tanggungjawab" dan yang perempuan pula bicaranya yang terlalu bermegah tentang cara untuk menambah zuriat.

Bicara yang agak menjengkelkan walaupun mungkin terselit sedikit ilmu..

Pernahkah mereka berfikir apakah Ada kebaikkan dalam perkongsian mereka atau hanya sekadar berbangga mereka sudah mempunyai suami,isteri, dan anak?..

Sedangkan hakikatnya itu hanya proses kehidupan yang bukan untuk dicanang tetapi dikaji kerana akan sampai disuatu ketika apabila "jalankan tanggungjawab","anak",menjadi punca masalah rumah tangga yang dibangga-banggakan itu.

Perkongsian yang bijak contohnya lelaki berkongsi dan saling menasihati bagaimana untuk menjd suami yg lebih baik berlumba-lumba membantu isteri yang wanita pula lebihkan berkongsi bagaimana untuk menjaga rumah tangga tak kiralah dari segi masakan,tata hias dan sebagainya.Tidak dinafikan cerita-cerita "dalam kain" itu takkan dapat lari dari kehidupan manusia-manusia normal.Cumanya selitkanlah dengan sesuatu yang lebih bagus.

Wednesday 18 March 2015

Pretending.

Laman sosial hari ini merupakan tempat dimana ramai orang cuba menjadi sesuatu yang mereka tidak mampu lakukan diluar.Malangnya ia akan mendatangkan pelbagai kesan yang buruk terhadap diri sendiri mahupun orang terdekat.

Ramai yang cuba nampak cool tetapi hakikatnya mereka bergelut dengan sesuatu yang mereka sendiri tidak dapat selesaikan..

Walaupun ada yang beranggapan ia hanya curahan ideologi dan perkongsian yang tidak akan mendatangkan apa-apa keburukan kecuali sedikit manfaat jika di teladani.

Tetapi pokoknya adakah kita sendiri belajar atau hanya menjadi ketam yang mengajar anak berjalan lurus kerana cukup mudah menipu menggunakan media sosial dan cukup mudah orang berprasangka.

Ceritanya mudah.Jika kita ingin berpura-pura kerana takutkan apa manusia kata.Hakikatnya mereka takkan habis dengan kata-kata mereka.Dan jika kita takut dengan Allah.Kita tidakkan pernah heran tentang apa yang manusia lain katakan kerana kesempurnaan(pretending) tidak wujud tak kiralah dari segi apapun.Ia hanya sedikit kelebihan yang telah ditakdirkan kepada sekalian manusia.Ia bukan modal untuk berpura-pura.

Kebahgiaan(pretending) juga takkan menjanjikan apa-apa..

Kehebatan(pretending) boleh direka cipta.

Jadi apakah yang benar-benar diinginkan dalam hidup yang singkat ini ?.nama,pangkat,pujian,penghormatan atau kasih sayang?.

#tepuk dada tanya mind a
#jangan sesat dalam akal
#Allah sebaik-baik ketenangan.

Siapa kata malaysia rasist

Hanya berbekalkan joran di bahu dan bekas umpan di tangan sudah membuktikan betapa harmoninya Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan agama serta latar belakang yang berbeza.

Saya berjalan menyusur tepian pantai untuk kembali ke tempat penginapan dan sepanjang jalan itulah saya ditegur oleh ramai orang dengan hanya ayat permulaan "hello dapat ikan?".

Hanya ayat ringkas "tak dapat" serta senyuman terukir dibibir menjawab pertanyaan mereka.
Riak wajah yang pelbagai tetap cukup mesra.Apabila sampainya di bilik penginapan saya disapa oleh seorang lelaki cina yang berasal dari pasir gudang juga ramah.

Saya tidak rasa janggal.Cukup harmoninya Malaysia..

#Bersyukurnya saya jadi rakyat Malaysia